fb fb fb fb fb

KKM tetapkan tiga keutamaan dalam Belanjawan 2026

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 2 OKTOBER - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan tiga keutamaan dalam pembentangan Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan pada 10 Oktober ini.

Keutamaan tersebut merangkumi skim pembiayaan kesihatan, pendigitalan perkhidmatan kesihatan dan kebajikan petugas kesihatan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan (K) KKM, Datuk Seri Zahrul Hakim Abdullah berkata, sektor perniagaan kesihatan yang mampan dirangka bagi memastikan akses rawatan yang lebih menyeluruh merentasi setiap lapisan masyarakat.

"Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, di bawah program penyumberan luaran, kita akan beri tumpuan untuk memindahkan sebahagian pesakit daripada fasiliti awam seperti hospital dan klinik kesihatan ke fasiliti swasta yang bertujuan untuk rawatan asas dan diagnostik awal.

Program ini sebenarnya telah dilaksanakan sebelum ini, namun peruntukan yang disediakan oleh kerajaan boleh dipertingkatkan supaya penyumberan luaran ini dapat dijalankan dengan lebih efektif,"katanya pada Program Selamat Pagi Malaysia di sini, hari ini.

Tambahnya, KKM juga telah mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkenaan perkara ini untuk pembentangan belanjawan itu nanti.

Trainee