fb fb fb fb fb

KKM dalam proses siasatan kes keracunan makanan

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni / Foto Bernama

PEKAN, 11 Jun - Kementerian Kesihatan (KKM) masih dalam proses siasatan berhubung insiden seorang pelajar tingkatan lima dan seorang kanak-kanak perempuan, dua tahun yang meninggal dunia akibat keracunan makanan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata perkara itu, masih lagi dalam semakan pihak KKM.

"Perkara tersebut akan dijawab oleh Bahagian Kesihatan Awam sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan KKM," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di Pekan, Pahang.

Polis mengesahkan telah menerima dua laporan kes kematian akibat keracunan makanan yang diambil daripada sebuah sekolah agama di Gombak.

 

BERITA BERKAITAN:

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN