KUALA LUMPUR, 26 April- Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) mengarahkan kedua-dua syarikat terlibat berikutan pendedahan Pihak Berkuasa Kesihatan Taiwan berhubung isu pencemaran etelyn oxide pada dua jenis mi keluaran Malaysia dan Indonesia untuk menarik balik produk terbabit secara sukarela dari pasaran tempatan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan menerusi kenyataan memaklumkan, "bagi sampel Mi Kari Putih Penang Ah Lai keluaran Malaysia, persampelan di Malaysia mendapati ianya mematuhi perundangan."
Manakala, "Mi Segera Indomie Perisa Ayam Spesial keluaran Indonesia dikenakan arahan tindakan Tahan, Uji dan Lepas di semua pintu masuk negara."
Sehubungan itu, Datuk Dr Muhammad Radzi menasihatkan orang ramai untuk tidak mengambil atau memakan kedua-dua produk berkenaan.
(Mi keluaran Malaysia dan Indonesia yang tersemar)