KUALA LUMPUR, 26 April- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan untuk memperkasa Unit Cerun bawah Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran.
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, ia boleh dilakukan dengan mengambil lebih ramai tenaga pakar cerun bagi mengendalikan isu hakisan dan tanah runtuh khususnya di kawasan parlimen Segambut.
"Saya akan meminta DBKL untuk memastikan laporan atau aduan mengenai hakisan tanah itu akan diteliti.
"Saya rasa ini cukup penting berdasarkna trend tahun lepas di mana banyak kawasan dalam parlimen Segambut mengalami tanah runtuh,"katanya.
Tahun lepas lebih 100 kes kejadian tanah runtuh telah dilaporkan berlaku di kawasan parlimen Segambut.
Beliau berkata selepas meninjau kawasan tanah runtuh berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di Bukit Tunku, Jalan Duta.

(Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dalam sidang
media selepas melawat kawasan runtuhan)