fb fb fb fb fb

Kilang kertas musnah 80 peratus dalam kebakaran

Foto JBPM

KUALA LUMPUR, 21 Jun - Sebuah kilang kertas musnah dalam kebakaran di Jalan Lembah Kinrara, Puchong di sini tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata dianggarkan 80 peratus daripada kilang berkeluasan 100x120 kaki persegi itu musnah namun tiada mangsa terlibat.

Beliau berkata JPBM menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 12.14 tengah hari sebelum 31 anggota bersama lapan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, Subang Jaya, Seri Kembangan dan Jalan Penchala dikejarkan ke lokasi.

“Jentera pertama tiba di tempat kejadian yang terletak kira-kira 6.7 kilometer dari balai Puchong pada 12.22 tengah hari iaitu lapan minit selepas panggilan diterima. Kebakaran berjaya dikawal pada 1.36 tengah hari,” katanya dalam kenyataan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

TETITIA YUSOFF