fb fb fb fb fb

Khatib seru umat Islam lakukan ibadah korban dengan adab, kasih sayang

Eratkan silaturahim, pupuk perpaduan dan keharmonian

LABUAN, 07 Jun - Lebih 3,000 umat islam menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid An-Nur Labuan yang diketuai oleh ketua imam, Ustaz Nur Mahadi Baharum.

Dalam khutbah bertajuk “Menyubur keikhlasan, meraih pengorbanan” yang disampaikan beliau sejurus selepas itu, umat Islam diseru menyempurnakan ibadah korban dengan penuh kasih sayang dan ihsan selari ajaran yang digariskan dalam agama islam.

Selain itu, umat islam juga diseru mengimarahkan syiar takbir, tahmid, tasbih dan tahlil sepanjang hari-hari tasyrik.

Serta, disunatkan bertakbir secara berterusan, sama ada selepas solat fardu mahupun di tempat-tempat yang mulia.

Beliau turut menyeru agar hubungan silaturahim terus dieratkan sesama muslim serta persaudaraan dalam kalangan keluarga, jiran dan masyarakat.

Ini kerana Aidiladha yang diraikan bukan sekadar untuk bergembira tetapi mewujudkan suasana perpaduan dan harmoni.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN