KEDAMAIAN, 8 Januari- Rakyat di negara ini diajak terus mempertahan keharmonian kaum dan agama sebagai tunjang yang mengikat perpaduan negara kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurutnya, melalui perpaduan yang utuh, kestabilan politik dapat dipertahankan seterusnya memakmurkan ekonomi serta pembangunan negara.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut menegaskan kerajaan Perpaduan akan memastikan kestabilan politik serta kemakmuran ekonomi menjadi agenda utama supaya rakyat dapat menikmati hasil dan manfaatnya.
"Kestabilan politik harus dipertahankan kerana ia dapat menjamin pembangunan negara hasil daripada pelaburan yang datang dari luar negara, pelaburan dalam negeri.
Selain itu, ia dapat mengurangkan pengangguran, kadar inflasi, menstabilkan harga barang dan yang penting rakyat sejahtera dan dimakmurkan", kata Ahmad Zahid ketika berucap ketika berucap pada majlis peluncuran pembangunan Kadamaian sempena rumah terbuka sambutan Krismas di sini.
Pada majlis tersebut, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut melancarkan tiga projek menaiktaraf jalan luar bandar Kadamaian yang melibatkan kos keseluruhan RM244 juta di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)
Projek naiktaraf itu melibatkan jalan Tengkurus Lahanas Siba-Lahanas Sokid dan jalan Sayap yang sudah dalam proses pelaksanaan serta Jalan Podos Taginambur, yang dalam proses pelantikan kontraktor.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berharap, projek berkenaan akan menjadi 'game changer' kepada pembangunan sosio ekonomi kawasan kadamaian.