fb fb fb fb fb

Kesemua mangsa tanah runtuh Cameron Highlands disahkan warga Myanmar

FOTO JBPM

KUANTAN, 26 Januari- Kesemua mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Batu 59, Kampung Raja, Cameron Highlands disahkan warga Myanmar.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands, kelima-lima mereka ialah Shing Lan Har, 56; Shing Aung, 39; Om Myue, 38; Haphey, 36, dan Thang Moung, 25 tahun.

"Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands menerima laporan pada 2.10 pagi Jumaat dan bergegas ke lokasi bagi pemeriksaan dan mengkoordinasi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Pemeriksaan mendapati tempat kejadian telah terputus hubungan dan memerlukan kenderaan pacuan empat roda untuk ke lokasi," menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pihak jawatankuasa menasihati orang ramai untuk tidak membuat spekulasi berkaitan kejadian dan menghubungi bilik gerakan di 05-4915999 atau balai polis berhampiran jika mempunyai maklumat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE