fb fb fb fb fb

Kes demam denggi meningkat 92.6 peratus

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni

KUALA LUMPUR, 29 November- Sebanyak 92.6 peratus atau 52,125 kes peningkatan dicatatkan berhubung kes demam denggi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata peningkatan ini berdasarkan sehingga minggu Epidemiologi yang terkini iaitu minggu Epidemiologi ke-47.

Beliau berkata jumlah kumulatif kes terkini demam denggi 108,429 kes berbanding 56,304 kes bagi tempoh sama pada tahun 2022.

Bagaimanapun, jumlah kes ini tujuh peratus  lebih rendah berbanding jumlah kes sebelum pandemik
COVID-19.

Manakala kumulatif kematian pula adalah sebanyak 83 kes berbanding 37 kes bagi tempoh sama iaitu peningkatan.

Sebanyak 46 kes dan kadar kematian kes denggi di Malaysia pada ketika ini adalah 0.08 peratus iaitu di bawah paras sasaran 0.2 peratus.

"Bagi mengawal demam denggi di Malaysia daripada terus meningkat, Kementerian Kesihatan Malaysia  telah melaksanakan pelbagai usaha secara berterusan seperti menghasilkan Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi Kebangsaan 2022 – 2026 dengan menetapkan beberapa sasaran antaranya mengurangkan kadar kematian di bawah 0.2 peratus pada setiap tahun.

"Bersesuaian dengan hala tuju kawalan denggi mengurangkan kebergantungan terhadap racun serangga berasaskan bahan kimia, kaedah nyamuk berWolbachia dalam pencegahan dan kawalan denggi telah dimulakan di Malaysia pada tahun 2019", katanya di Dewan Rakyat

Beliau menjawab soalan asal di bangkitkan  wakil Arau Datuk Seri Dr Shahidan Kasim.

ROSLINA BINTI DIN