GEORGE TOWN, 12 Mac- Seorang lelaki Singapura berusia 29 tahun maut selepas kereta miliknya terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi 45 meter berhampiran Jalan Paya Terubong, Sungai Nibong.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata makluman awal mendapati kemalangan tersebut telah berlaku beberapa hari lepas.
"Laporan kejadian diterima kira-kira pukul 12.59 tengah hari tadi sebelum 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dengan bantuan BBP Paya Terubong bergegas ke lokasi insiden.
"Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan selanjutnya," menurut kenyataan itu.