fb fb fb fb fb

Kereta kabel Langkawi beroperasi semula

Operasi kereta kabel Langkawi kembali beroperasi hari ini akibat kejadian kepala air di Air Terjun Telaga Tujuh pada Jumaat / Foto RTM

LANGKAWI, 24 Ogos - Kereta kabel Langkawi kembali beroperasi hari ini setelah terhenti seketika akibat kejadian kepala air di Air Terjun Telaga Tujuh, di sini pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Haslina Abdul Hamid berkata kerja-kerja pembersihan giat dijalankan susulan banjir kilat yang berlaku di kawasan tersebut.

"Banjir kilat hanya berlaku untuk sementara waktu sahaja, dan alhamdulillah, sehingga tengah hari ini, kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan dengan baik," katanya kepada pemberita, di sini.

Dalam kejadian tersebut, beberapa buah kenderaan dan lapan unit kedai di kawasan berkenaan telah dinaiki air sedalam 0.5 meter.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN