fb fb fb fb fb

Kerajaan utamakan kelangsungan golongan petani, nelayan - PM

(Datuk Seri Anwar pada Program Sentuhan Agro MADANI Peringkat Negeri Selangor di Sekinchan, Selangor pagi tadi)

KUALA LUMPUR, 18 Julai - Menjamin kelangsungan golongan petani dan nelayan menjadi keutamaan kerajaan, selain menggerakkan beberapa usaha yang berdampak besar dan memberi manfaat yang sebaiknya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hal ini sepatutnya dibicarakan oleh semua pihak ketika masyarakat dipaksa berhadapan dengan politik kebencian yang tidak berkesudahan.

"Adalah menjadi komitmen Kerajaan bahawa golongan petani, peladang dan nelayan dibela sebaiknya, dan saya turut menyenaraikan beberapa inisiatif penting dalam memungkinkan pembelaan golongan ini.

"Antaranya menyalurkan bantuan subsidi dan insentif untuk industri padi dan beras berjumlah RM1.62 bilion, menyediakan sumbangan tunai sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh tiga (3) bulan atau semusim kepada 240,000 pesawah dengan peruntukan sebanyak RM228 juta, meneruskan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) Laut dengan kadar bayaran RM300 sebulan dan lain-lain.," katanya menerusi catatan di Facebook hari ini. 

Anwar berkata tahun ini, Kerajaan Perpaduan telah memperuntukkan sebanyak RM5.39 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan iaitu kenaikan sebanyak 12.06 peratus berbanding  RM4.81 bilion pada tahun lalu.


(FOTO FB Anwar Ibrahim)



 

Media Baharu