fb fb fb fb fb

Kerajaan terus kenal pasti pelajar memerlukan di seluruh negara

Foto RTM

BATU PAHAT, 20 Julai - Kerajaan akan terus mengenal pasti pelajar dalam kalangan golongan asnaf seluruh negara untuk dibantu melalui Program Jalinan Kasih.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin berkata, ahli parlimen disaran membantu mengemukakan permohonan sekiranya terdapat kelompok itu di kawasan masing-masing.

Bantuan menerusi inisiatif tersebut akan disampaikan kepada setiap 222 kawasan Parlimen dengan tiga daripadanya telah selesai digerakkan.

Ia melibatkan Parlimen Batu Pahat di Johor, Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur, dan Masjid Tanah, Melaka.

"Usaha terarah untuk meringankan beban pelajar bagi membeli keperluan masing-masing, disamping tiada sasaran tertentu atau jumlah penerima bantuan ditetapkan," kata Azman, di sini.

Program Jalinan Kasih yang diadakan di Batu Pahat hari ini, berjaya membantu seramai 200 pelajar termasuk 15 berpendidikan khas yang menerima sumbangan wang tunai RM200.

TETITIA YUSOFF