Kerajaan tegas tangani ancaman keselamatan di pintu masuk negara

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA, 25 Februari -Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap ancaman yang menjejaskan keselamatan negara.
  • Langkah keselamatan tambahan di semua pintu masuk diaktifkan serta-merta untuk melindungi anggota dan orang awam.
  • Insiden tembakan melibatkan Komander AKPS disiasat secara menyeluruh oleh PDRM; orang ramai diminta tidak membuat spekulasi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

Menurutnua, tahap keselamatan di semua pintu masuk negara kekal terkawal, dengan langkah keselamatan tambahan diaktifkan serta-merta bagi memastikan keselamatan anggota dan orang awam terus terjamin.

“Kerajaan memandang serius insiden tembakan yang melibatkan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di pintu masuk negara.

“Saya bersyukur pegawai berkenaan selamat dan kejadian itu kini disiasat secara menyeluruh oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara profesional.