fb fb fb fb fb

Peruntukan naik, lebih ramai pelajar dihantar ke China ikut kursus TVET

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/ BERNAMA

BAGAN DATUK, 27 Oktober- Lebih ramai pelajar Malaysia akan dihantar ke China bagi menjalani latihan berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) jangka pendek dan sederhana.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha itu diambil berikutan peruntukan TVET dinaikkan kepada RM7.5 bilion, selari Dasar TVET Negara yang menetapkan aspirasi dan hala tuju kerajaan bagi memastikan penyelarasan pelaksanaan secara holistik bermula tahun ini sehingga 2030.

"Kami juga akan mengadakan perbincangan dengan pihak Befang di China untuk menghantar lebih lagi pelajar-pelajar dari pelbagai kaum termasuk masyarakat Cina dengan kerjasama sebuah kolej dan untuk pelajar India juga dengan Kolej yang di kendalikan.

"Begitu juga untuk pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak, kita juga telah menghantar pelajar-pelajar TVET ini ke luar negara", katanya kepada media selepas Program Deepavali Peringkat Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada hampir 200 pelajar sekolah jenis Tamil di kawasan Bagan Datuk.

Masyarakat India di kawasan itu turut menerima barang keperluan bagi persediaan menyambut perayaan Deepavali khamis ini.

ROSLINA BINTI DIN