Kerajaan pertimbang tambah kadar SARA

Foto RTM

IPOH,19 Julai – Kerajaan mempertimbang untuk menambah kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi membantu rakyat berdepan cabaran kos sara hidup.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri berkata keputusan akan dibuat selepas berbincang dengan pihak berkaitan dan mengambil kira keadaan ekonomi semasa.
  • Anwar memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk membincangkan kemungkinan menambah SARA jika keadaan ekonomi mengizinkan.
  • Kerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat melalui pelbagai inisiatif bagi mengurangkan beban kos sara hidup.
  • Program Jualan Rahmah akan terus dikembangkan untuk membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama pihak berkaitan dan keputusan mengenainya akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa.

“Saya beritahu kalau keadaan ekonomi mengizinkan, saya bincang semalam, hari Sabtu petang saya panggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan, bincang, apakah mungkin kita tambah lagi SARA ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program MADANI Kita: Memaknai Harapan Rakyat bersama komuniti Tambun di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, Tambun di sini.

Datuk Seri Anwar berkata, kerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat melalui pelbagai inisiatif bagi mengurangkan beban kos sara hidup.

Menurut beliau, program Jualan Rahmah juga akan terus dikembangkan bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah.

Katanya, kerajaan memahami cabaran rakyat terutama melibatkan peningkatan harga barangan asas.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.