fb fb fb fb fb

Kerajaan Perpaduan kukuh, stabil - Anthony Loke

MUAR, 7 Mei- Kerajaan Perpaduan kini kukuh dan stabil sekaligus menempis dakwaan pihak pembangkang akan berlaku pertukaran kerajaan. 

Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Anthony Loke Siew Fook berkata kerajaan hari ini mempunyai sokongan 148 ahli Parlimen, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan menjayakan agenda pembangunan negara.   

"Kita tidak mahu lagi terjerumus dalam kancah perpecahan politik. Kerajaan Perpaduan berusaha bersungguh-sungguh memastikan kelancaran pertadbiran negara agar kita dapat membentuk dan memperkukuhkan kedudukan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, mengenai desas-desus pertukaran jawatan Menteri Besar Pulau Pinang, keputusan mengenainya hanya akan dibincangkan selepas selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri berkenaan.

DAP kini masih menyokong kepimpinan Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.


 (DAP kini masih menyokong kepimpinan Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang)

Media Baharu