
KUALA LUMPUR, 10 Mac – Malaysia secara rasmi mengaktifkan operasi evakuasi bagi membawa pulang warganegara yang terkandas dari zon konflik Asia Barat.
- Penerbangan khas Malaysia Airlines MH8502 ke Jeddah; MH8503 jadual berlepas pulang ke tanah air.
- Kumpulan dipindahkan ke Jeddah sebagai pusat transit utama dari beberapa negara serantau.
- Operasi bersepadu antara Wisma Putra, MKN dan Malaysia Airlines; Konsulat Jeneral Jeddah selaraskan logistik dan dokumentasi.
Penerbangan khas Malaysia Airlines MH8502, berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah, Arab Saudi, hari ini.
Pesawat MH8502 dijangka mendarat di Jeddah pada jam 8:50 malam waktu tempatan sebelum berlepas pulang ke tanah air menerusi sektor MH8503 pada jam 10:20 malam.
Kumpulan yang dibawa pulang merangkumi rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa negara serantau dan telah dipindahkan ke Jeddah sebagai pusat transit utama.
Selain warganegara Malaysia, misi ini turut memudah cara kepulangan lima warganegara Thailand yang merupakan ahli keluarga kepada rakyat Malaysia yang terjejas dalam krisis berkenaan.
Operasi bersepadu ini merupakan hasil kerjasama erat antara Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra), Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan Malaysia Airlines.
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah memainkan peranan penting dalam menyelaraskan logistik di lapangan, termasuk urusan dokumentasi kemasukan dan visa bagi mereka yang dipindahkan dari lokasi lain seperti Madinah dan Doha menerusi laluan darat.