Kerajaan komited kekalkan harga subsidi petrol RON95

Foto hiasan

KOTA KINABALU, 15 Mac – Kerajaan terus komited melindungi rakyat daripada kesan ketidaktentuan ekonomi global termasuk kenaikan harga minyak dunia susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter melalui subsidi bersasar BUDI MADANI.
  • Harga pasaran sebenar dianggarkan sekitar RM2.67 seliter; subsidi menampung perbezaan.
  • Kerajaan menanggung kira-kira RM3.2 bilion sebulan subsidi petrol dan diesel, termasuk RM2 bilion untuk RON95.
  • Subsidi diesel di Sabah dan Sarawak dikekalkan bagi menstabilkan kos pengangkutan, logistik dan bekalan harian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, meskipun Malaysia negara pengeluar minyak melalui Petronas (Petroliam Nasional Bhd), peningkatan kos dalam rantaian tenaga serta beban subsidi bahan api tetap memberi tekanan kepada ekonomi negara.

Setakat ini, kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 sen seliter melalui pendekatan subsidi bersasar BUDI MADANI, bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga pasaran sebenar yang dianggarkan sekitar RM2.67 sen seliter.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sungkai bersama media di sini.

Ketika ini, kerajaan menanggung kira-kira RM3.2 bilion setiap bulan bagi subsidi petrol dan diesel, termasuk RM2 bilion untuk RON95 serta RM1.2 bilion bagi diesel.

Dalam masa sama, subsidi diesel di Sabah dan Sarawak turut dikekalkan bagi memastikan kos pengangkutan, logistik serta bekalan barangan harian tidak meningkat secara mendadak.