fb fb fb fb fb

Kerajaan berhati-hati berkenaan keputusan sistem percukaian

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

CYBERJAYA, 27 Mac- Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam setiap keputusan berkaitan cadangan pembaharuan sistem percukaian agar kesan pelaksanaannya tidak membebankan rakyat kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Kerajaan sentiasa berusaha mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan sosial untuk rakyat.

Peningkatan pendapatan negara melalui reformasi percukaian dan penyasaran semula subsidi dapat mengembangkan sumber hasil negara dan memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

"Program bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diteruskan bagi memastikan golongan rentan terus terbela dari hasil cukai yang dikumpulkan," katanya dalam majlis Mahabbah Ramadan anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini.

Untuk tahun 2024, kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM10 bilion untuk sembilan juta penerima STR manakala RM700 juta bagi penerima SARA.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI