
PUTRAJAYA, 3 Julai – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menerima kepimpinan baharu apabia Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohd Yusof Othman dilantik sebagai Pengerusi yang baharu dan Dato’ Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim sebagai Timbalan Pengerusi berkuat kuasa 18 Jun lepas.
- Surat pelantikan disampaikan Perdana Menteri melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.
- Pelantikan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohd Yusof atas ketokohan serta sumbangan besar dalam sains, teknologi dan pemikiran Islam.
- Dato’ Prof. Dr. Ashraf diiktiraf atas kepakaran luas dalam Syariah, kewangan Islam dan tadbir urus di peringkat nasional serta antarabangsa.
- Tiga Ahli Lembaga Pengarah dilantik termasuk Datuk Misnu Taha, Sakaria Samela dan Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir, memperkukuh barisan kepimpinan.
Menerusi kenyataan dimaklumkan, pelantikan kedua-dua tokoh akademik itu diyakini mampu memperkukuh peranan IKIM sebagai institusi pemikir Islam negara, sekali gus memacu agenda pembangunan ummah selaras keperluan semasa.
Surat pelantikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.
Pelantikan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohd Yusof berdasarkan ketokohan serta sumbangan besar beliau dalam pembangunan bidang sains, teknologi dan pemikiran Islam di Malaysia.
Sementara itu, Dato’ Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim pula diiktiraf atas kepakaran serta pengalaman luas dalam bidang Syariah, kewangan Islam dan tadbir urus di peringkat nasional serta antarabangsa.
Dalam majlis sama, tiga Ahli Lembaga Pengarah IKIM turut dilantik masing-masing, Datuk Misnu Taha yang dilantik semula, selain Sakaria Samela dan Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir sebagai ahli baharu.
IKIM yakin barisan kepimpinan baharu itu mampu memperkukuh peranan sebagai institusi pemikir yang dinamik dalam mendukung agenda pembangunan ummah dan negara.