fb fb fb fb fb

Keperluan pembayaran bersama bagi produk MHIT galak kemampanan dan mampu milik- BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Julai- Pelaksanaan keperluan pembayaran bersama untuk produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) bertujuan untuk menggalakkan kemampanan dan mampu dimiliki, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Selain itu, ia juga bertujuan mengurangkan inflasi kos perubatan yang semakin meningkat dalam negara.

BNM menerusi satu kenyataan memaklumkan, Malaysia mencatat inflasi kos perubatan yang sangat tinggi tahun lepas iaitu 12.6 peratus berbanding purata global sebanyak 5.6 peratus.

Berkuat kuasa 1 September 2024, katanya penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO) dikehendaki menawarkan pilihan kepada pengguna untuk membeli produk MHIT yang mempunyai ciri-ciri pembayaran bersama.

BNM berkata dengan adanya produk MHIT yang mempunyai ciri-ciri pembayaran bersama, pengguna dapat memilih produk MHIT pada kos yang lebih rendah berdasarkan kemampuan kewangan dan keperluan mereka.

Katanya produk MHIT dengan ciri-ciri pembayaran bersama bukanlah sesuatu yang baharu dalam pasaran Malaysia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE