fb fb fb fb fb

Kenaikan harga barang,aduan disiasat secara terperinci

KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Setiap kes kenaikan harga barangan yang melampau akan disiasat secara terperinci dan menyeluruh di setiap peringkat pengedaran bagi mengelak berlakunya aktiviti pencatutan.

Jaminan itu diberi Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid.

Jelasnya, setiap aduan akan diselidik bermula daripada pihak pengeluar, pemborong, pengedar dan peruncit bagi melihat puncanya.

(Datuk Rosol Wahid ditemui selepas menghadiri Majlis Apresiasi Media Terengganu di Kuala Terengganu)

"Kenaikan harga barang ini kita tidak boleh nak elak tapi kita akan siasat dari pemborong, pengedar, peruncit dan peniaga.

"Sekiranya keuntungan yang diambil tidak munasabah kita boleh dakwa.Tetapi jika keuntungan biasa sahaja sebagai peniaga, kita tidak boleh didakwa," katanya selepas menghadiri Majlis Apresiasi Media Terengganu, di sini.

Tambah Rosol, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem ekonomi terbuka, harga barangan ditentukan oleh faktor permintaan dan penawaran.

Katanya, peniaga boleh menentukan sebarang perubahan harga barangan namun tertakluk kepada penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Dalam pada itu, lebih 2,200 pegawai penguat kuasa dengan dibantu kira-kira 1,000 pegawai pemantau harga bagi memantau aktiviti perniagaan di bazar Ramadan seluruh negara tahun ini.

Media Baharu