PUTRAJAYA, 30 April - Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, menyaksikan peningkatan sokongan daripada pengundi muda dan Melayu terhadap Kerajaan Perpaduan.
Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil berkata, daripada 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM), 19 telah dimenangi BN dan hanya satu dimenangi Perikatan Nasional.
"Walaupun yang keluar mengundi itu rendah jika dibandingkan dengan pilihan raya umum dan pilihan raya negeri. Namun sokongan daripada pengundi muda menunjukkan perubahan dan sokongan daripada pengundi Melayu turut menunjukkan perubahan positif," kata Fahmi.
Dalam Mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, Datuk Fahmi memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu Jemaah Menteri selesa dengan kemenangan yang diraih dalam PRK Ayer Kuning.
Sebaliknya, perlu terus bekerja keras demi memacu perkembangan ekonomi negara serta kebajikan rakyat.