fb fb fb fb fb

Kembalikan keyakinan pelabur, usaha kurangkan defisit negara perlu diteruskan - Anwar

Anwar Ibrahim

CYBERJAYA, 1 Mac- Usaha mengurangkan defisit fiskal negara perlu diteruskan agar ia tidak membebankan generasi akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha dan inisiatif berterusan itu penting untuk negara mencapai sasaran defisit fiskal yang lebih rendah.

Katanya, ia juga dapat mengembalikan keyakinan pelabur dalam dan luar negara.

"Inilah sebab usaha-usaha diambil untuk meningkatkan keyakinan. Pelaburan masuk dengan rekod tertinggi dalam sejarah kerana keyakinan pelabur domestik dan luar. Inflasi di tahap rendah dan kadar pengangguran juga kian rendah. Tidak wajar hanya dikaitkan soal ringgit padahal inflasi rendah. Krisis kewangan 1998, nilai ringgit jatuh merudum dan inflasi terus melonjak. Pelaburan tak datang, pengangguran meningkat dan syarikat-syarikat yang jatuh muflis mencecah ratusan ribu. Hal sedemikian tidak berlaku ketika ini.. jadi, kita harus melihat dalam konteks keseluruhannya," kata Anwar ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hasil 2024 di sini.

Jelas Anwar, walaupun negara kini dicabar dengan kejatuhan nilai ringgit, tetapi Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Jawatankuasa Dasar Monetari telah mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengekang mata wang tempatan daripada terus menjunam.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM