GEORGE TOWN, 19 September- Seramai 43,260 pemohon rumah mampu milik di negeri Pulau Pinang digesa untuk mengemaskinikan maklumat permohonan supaya proses penawaran rumah dapat dilaksanakan.
Setakat ini hanya 7,686 pemohon rumah mampu milik daripada 43,260 permohonan telah berjaya mengemaskini maklumat dan dikategorikan sebagai pemohon aktif.
Kelewatan proses itu akan membantutkan tawaran perumahan tersebut di Pulau Pinang.
"Dalam permohonan yang diterima ramai yang tidak hadir untuk mengemaskini maklumat. Disebabkan itu , kami menganggap mungkin mereka yang tidak melakukan proses kemas kini itu tidak berminat dengan tawaran yang diberikan.
"Bagaimanapun nema mereka masih ada dalam sistem. Cuma kita berharap mereka yang masih lagi berminat boleh mengemas kini maklumat supaya kami boleh keluarkan senarai terbaru dan mengelakkan permohonan ditolak," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Komtar.
S. Sundarajoo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai menegaskan sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Housing Performance Committee atau Hope akan menyantuni golongan memerlukan bantuan dalam proses permohonan rumah mampu milik.
Perumahan Inklusif MADANI ditawarkan kepada kumpulan B40, keluarga serta bujang untuk mendapat manfaat itu.
Kerajaan negeri akan menyediakan kios bagi pemohon baru dan pemohon lama bagi membantu pemohon yang memerlukan bantuan dalam proses itu.
(S. Sundarajoo)