KEMAS 2026 tekankan tiga teras kemajuan masyarakat

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

BANDARAYA MELAKA, 27 Oktober – Konvensyen Kemajuan Masyarakat KEMAS 2026 perlu memberi penekanan kepada tiga perkara utama dalam membentuk kerangka pembangunan masyarakat untuk masa hadapan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bentuk Kerangka Dasar Kemajuan Masyarakat berasaskan hasil tujuh kluster, tetapkan keutamaan, sasaran dan tindakan boleh diukur.
  • Perluaskan libat urus melibatkan penggerak KEMAS, pemimpin komuniti, ahli akademik, sektor swasta dan rakyat.
  • Ubah ukuran kejayaan dengan indikator jelas untuk menilai impak dasar mengikut realiti dan keperluan masyarakat.
  • Terjemahkan dapatan Policy Lab kepada tindakan konkrit dan pemantauan berterusan bagi memastikan pelaksanaan efektif.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketiga-tiga perkara itu merupakan hasil perbincangan tujuh kluster utama menerusi Policy Lab yang perlu diterjemahkan kepada tindakan.

Beliau berkata, tiga perkara tersebut merangkumi pembentukan Kerangka Dasar Kemajuan Masyarakat, Perluaskan Libat Urus serta Ubah Ukuran Kejayaan.

“Pertama, kita perlu membentuk Kerangka Kemajuan Masyarakat. Saya sangat bersetuju supaya Dasar Kemajuan Masyarakat dimulakan di bumi Melaka oleh KEMAS, dengan menggabungkan dapatan daripada ketujuh-tujuh kluster atau resolusi yang dibincangkan kepada satu kerangka dasar yang menetapkan keutamaan, sasaran dan tindakan yang boleh diukur.

Kedua, kita mesti memperluas libat urus. Kita tidak boleh menggubal dasar hanya berdasarkan andaian,” katanya semasa berucap pada Konvensyen Kemajuan Masyarakat KEMAS 2026 di sini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, proses penggubalan dasar perlu mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuk penggerak KEMAS, pemimpin komuniti, ahli akademik, sektor swasta dan rakyat, bagi memastikan dasar yang dirangka menepati realiti serta keperluan sebenar masyarakat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.