
KUALA LUMPUR, 27 Oktober – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan hingga pukul 7 malam ini.
- Negeri terlibat: Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.
- Beberapa daerah terjejas termasuk Kinta, Kampar, Kuala Kangsar, Rompin, Bera, Bentong, Raub dan Cameron Highlands.
- Amaran adalah jangka pendek, setiap keluaran sah sehingga enam jam.
Kawasan terlibat ialah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.
Di Perak, kawasan terlibat ialah Kinta, Kampar, Kuala Kangsar dan Hulu Perak, manakala di Pahang meliputi Rompin, Bera, Bentong, Raub, Temerloh, Maran, Cameron Highlands, Lipis, Kuantan dan Pekan.
“Amaran turut melibatkan Jelebu, Seremban dan Jempol di Negeri Sembilan serta seluruh Kelantan dan Terengganu,” menurut MetMalasia.
Di Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Samarahan (Gedong, Sebuyau dan Simunjan), Serian, Miri (Marudi dan Bario), Limbang serta Betong (Pusa).
Sementara itu, di Sabah, amaran meliputi Pantai Barat, Sandakan serta kawasan pedalaman termasuk Pensiangan, Sook, Tenom, Sipitang, Beaufort, Membakut, Keningau dan Tambunan.
Amaran itu merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.