fb fb fb fb fb

Kemalangan kendiri, kelindan lori maut

Foto JBPM Sarawak

SIMUNJAN, 23 September- Seorang lelaki maut dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah lori sawit di Kampung Kepayang, Simunjan lewat petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan, mangsa dikenal pasti sebagai Mohamad Faizul Raqib Haron, 25 tahun.

PGO menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.50 petang dan menggegaskan enam anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan ke lokasi kejadian.

Mangsa merupakan kelindan lori berkenaan didapati tersepit dan disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

Pemandu lori pula selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas untuk kerja-kerja pemotongan besi sebelum diserahkan kepada pasukan KKM untuk tindakan lanjut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI