Kemalangan empat kenderaan, seorang maut

Foto RTM

SLIM RIVER, 8 Ogos – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Klant Halt 3, di sini, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Perak menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira pukul 4.45 petang.
  • Pasukan dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Slim River digerakkan ke lokasi.
  • Kemalangan melibatkan empat kenderaan: dua kereta, sebuah lori 3 tan dan sebuah lori kontena.
  • Operasi menyelamat menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa; pemandu lain serta kru tidak cedera.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 4.45 petang.

Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian pihaknya mendapati kemalangan melibatkan empat kenderaan terdiri daripada dua buah kereta, sebuah lori 3 tan dan sebuah lori kontena.

“Mangsa lelaki berusia lingkungan 30an yang memandu salah sebuah kereta telah tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).” tambah kenyataan tersebut.

Sementara itu, pemandu sebuah lagi kereta, pemandu lori 3 tan bersama dua kelindan dan pemandu lori kontena tidak mengalami kecederaan.

Pihak bomba turut menjalankan operasi menyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.