Kelayakan asas BUDI95 dikembalikan kepada 300 liter sebulan – PM

Datuk Seri Anwar / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan semula kelayakan asas BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada 300 liter sebulan berbanding 200 liter ketika ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelaksanaan berkuat kuasa 1 September 2026.
  • Lebih 16 juta pengguna RON95 akan mendapat manfaat subsidi.
  • Lebih 500,000 pemilik kenderaan pikap dan jip diesel layak menerima BUDI Diesel sehingga 400 liter sebulan.
  • Keputusan ini antara enam ikhtiar segera kerajaan diumumkan sempena Ambang Merdeka.

Beliau berkata, ia akan berkuat kuasa seawal 1 September 2026, sekali gus bakal memberi manfaat kepada lebih 16 juta pengguna petrol jenis RON95 di negara ini.

Menurutnya, keputusan itu antara enam ikhtiar segera kerajaan untuk rakyat yang diumumkan sempena Ambang Merdeka.

“Kerajaan bersetuju mengembalikan kelayakan asas BUDI 95 daripada 200 kepada 300 liter sebulan.

“Ini bermakna lebih 16 juta pengguna akan menikmati RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan, manakala lebih 500,000 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak akan menerima BUDI Diesel sehingga 400 liter sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Pada 26 Mac lalu, Datuk Seri Anwar mengumumkan BUDI95 dikurangkan daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, bermula 1 April.

Pengumuman itu dibuat susulan konflik Asia Barat yang mengganggu bekalan minyak dan ekonomi dunia pada waktu itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.