fb fb fb fb fb

Kelas Bahasa Melayu dilaksana segera untuk pegawai diplomatik di luar negara

KUALA LUMPUR, 23 Mac- Kementerian Luar akan menubuhkan unit bahasa dan kebudayaan di setiap pejabat kedutaan di luar negara termasuk mewujudkan atase bahasa dan kebudayaan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelas Bahasa Melayu akan dilaksana segera bagi meningkatkan kemahiran bahasa pegawai diplomatik dan anak mereka di luar negara.

"Kita dapati bahawa sesetengah anak-anak pegawai diplomatik kita agak kurang mahir berbahasa melayu kerana mereka memasuki kelas di sekolah antarabangsa.

Sesetengah pegawai tersebut tidak pulang ke Malaysia, dihantar terus ke negara lain, jadi ini menyebabkan anak-anak mereka yang belajar bertahun-tahun di sekolah antarabangsa tidak menguasai bahasa melayu," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Isa Ab Hamid di Dewan Negara.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjawab pertanyaan Senator Datuk Isa Ab Hamid di Dewan Negara)

Selain itu, urusan surat menyurat rasmi yang dihantar ke luar negara akan menggunakan Bahasa Melayu yang dilampirkan dengan terjemahan bahasa ibunda negara tersebut atau Bahasa Inggeris.

Tambah beliau, kerajaan bersetuju supaya semua program antarabangsa yang dianjurkan di dalam negara melibatkan peserta warga asing perlu menggunakan Bahasa Melayu.

Media Baharu