Kekangan logistik, penginapan sebab sidang ASEAN tidak diadakan di Putrajaya

KUALA LUMPUR, 23 Oktober -Kekangan daripada segi logistik dan penginapan antara faktor Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 tidak diadakan di Putrajaya. 

RINGKASAN BERITA AI
  • Kekangan logistik dan penginapan menyebabkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 tidak diadakan di Putrajaya.
  • Walaupun dewan di Putrajaya memuaskan, kapasiti hotel tidak mencukupi untuk delegasi besar.
  • Beberapa negara seperti China dan AS memerlukan penempahan hotel besar, menyukarkan pengaturan penginapan.
  • Perdana Menteri menjawab persoalan berhubung lokasi sidang di Dewan Rakyat.
  • Kerajaan yakin sidang akan berjalan lancar dan menghargai komitmen agensi serta petugas terlibat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun fasiliti dan kemudahan dewan di Putrajaya sangat memuaskan, namun kapasiti penginapan sedia ada masih belum mencukupi untuk menampung jumlah delegasi yang ramai.

“Logisitik tidak cukup, dewan sangat baik tetapi kemudahan-kemudahan hotel tidak cukup untuk keperluan beberapa negara seperti China atau Amerika Syarikat (AS), kalau mereka datang mereka akan ambil satu hotel bukan tiga lantai jadi untuk dua itu sahaja sudah jadi dua hotel,” katanya menjawab pertanyaan wakil Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari, di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, wujud beberapa persoalan berhubung penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang tidak diadakan di Putrajaya. 

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar yakin Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan berlangsung dengan lancar hasil persiapan rapi pelbagai daripada agensi kerajaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas dan kementerian terlibat atas komitmen memastikan penganjuran kali ini berjaya.