fb fb fb fb fb

Kediaman penduduk dibaling bom petrol

CHERAS, 7 April- Penduduk sebuah rumah di sini gempar selepas kediaman berkenaan, dibaling bom petrol, pagi tadi.

Menerusi kenyataan, Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata insiden hanya mengakibatkan kebakaran kecil.

"Kejadian khianat itu dilaporkan pada pukul 3.53 pagi.

"Sebaik tiba, bomba mendapati kejadian mengakibatkan kebakaran kecil di pekarangan rumah.

"Tiada struktur bangunan terjejas.

"Insiden juga tidak melibatkan mangsa," katanya.


(Sebaik tiba, bomba mendapati kejadian mengakibatkan kebakaran kecil
di pekarangan rumah)

Media Baharu