fb fb fb fb fb

KEDAHfm penuhi kehendak pendengar, saji pelbagai program sepanjang tahun

Nur Hafizoh ditemu bual di konti KEDAHfm menerusi program Gebang Pagi Aktif 6-10

ALOR SETAR, 1 April- KEDAHfm menyediakan pelbagai pengisian program sepanjang tahun ini mencakupi semua elemen bagi menjadikannya sebagai  stesen radio 'hyperlocal' yang benar-benar dekat dengan masyarakat dan memenuhi kehendak semua pendengar.

Pengarah Jabatan Penyiaran Kedah, Nur Hafizoh Idris berkata ini termasuk program sempena Aidilfitri yang menampilkan kelainan seiring dengan perkembangan media sosial.

Katanya sempena Aidilfitri program hiburan, keagamaan, kerohanian dan kesenian yang disediakan melibatkan semua dj KEDAHfm baik di studio mahupun lapangan.

Menariknya buat pertama kali, menjelang Aidilfitri, KEDAHfm turun ke lokasi berbuka puasa bersama pendengar dan peminat setia di Dataran Medan Bandar dan solat teraweh di Masjid Zahir, Alor Setar.

"Jadi program akan bermula kurang lebih pada pukul 5 petang, selepas solat Asar kemudian diikuti dengan ‘meet and greet’, serta aktiviti-aktiviti lain. Kemudian kita akan berbuka puasa bersama-sama di dataran dan disudahi dengan solat Terawih di Masjid Zahir. Insya-Allah datang beramai-ramai sebab banyak yang telah kami susun khas untuk anda,"katanya.

Nur Hafizoh berkata pengisian program  diteruskan selepas Syawal dengan tiga acara besar iaitu  pertandingan akhir Lenggok Cinta Sayang pada  Jun serta karnival Mahabbah berkonsepkan Hari Terbuka  pada Julai .

Menurutnya lagi pada bulan Ogos, KEDAHfm akan mengadakan sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan.

Beliau berkata demikian selepas ditemu bual di konti KEDAHfm menerusi program Gebang Pagi Aktif 6-10.
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE