fb fb fb fb fb

KEDA sedia jalin kerjasama dengan Askar Wataniah

Foto RTM

ALOR SETAR, 24 April - Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah, (KEDA) sedia menjalin kerjasama lebih erat dengan Rejimen 513 Askar Wataniah.

Kerjasama itu bertujuan bagi menarik lebih ramai warga KEDA bagi menyertai Askar Wataniah.

KEDA dalam kenyataan memaklumkan kerjasama berkenaan dijalinkan hasil kunjungan hormat delegasi Rejimen 513 Askar Wataniah diketuai Timbalan Komander Leftenan Kolonel Kamarulrazaimi Abd Razak ke atas Pengurus Besar KEDA, Ismasuhaimi Shariff di Ibu Pejabat KEDA, Jalan Langgar, di sini hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, kunjungan hormat itu turut bertujuan bagi meninjau serba sedikit berkaitan operasi KEDA selain melihat prospek-prospek kerjasama yang mampu dijalin antara kedua-dua pihak terutamanya program KEDA di desa-desa KEDA.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan hebahan keanggotaan askar wataniah dalam kalangan penduduk Desa-desa KEDA, pelatih dan staf di Kolej KEDA serta kakitangan KEDA.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD