KUALA LUMPUR, 8 Disember- Kebebasan media antara komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memastikan proses semak dan imbang kerajaan berjalan baik.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata penubuhan Majlis Media Malaysia akan di bawa ke peringkat Jemaah Menteri.
Sebarang perkembangan akan dimaklumkan sejurus keputusan berkenaan diperoleh.
Jelas Fahmi, "setakat ini cadangan berkenaan penubuhan Majlis Media itu masih belum dibincangkan," katanya selepas menghadiri taklimat dan lawatan kerja ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, BERNAMA.
Dalam sesi kunjungan selama dua jam itu, Fahmi sempat meninjau Bahagian Digital Media Bernama bagi memahami pengoperasiannya.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek serta pengurusan Bernama iaitu Pengerusinya Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan Ketua Pegawai Eksekutif Roslan Ariffin.
(Fahmi Fadzil melawat Bahagian Digital Media Bernama)