PUTRA HEIGHTS, 1 April- Tiga stesen minyak milik Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) ditutup sementara susulan kejadian kebakaran yang berlaku di sini pagi tadi.
Menurut PETRONAS, langkah itu diambil membabitkan stesen minyak Petronas (PS) berdekatan iaitu PS Putra Heights, PS KM2 LDP dan PS Putra Bestari sebagai langkah berjaga-jaga.
"Tiga stesen minyak -- PS Putra Heights, PS KM2 LDP dan PS Putra Bestari -- tidak terjejas, sebaliknya ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga.
"Pelanggan boleh menggunakan alternatif berikut untuk mengisi minyak kenderaan mereka - PS USJ 20, PS USJ 6 dan PS USJ 9," menurut kenyataan hari ini.
PETRONAS dalam kenyataan itu turut mengesahkan berlaku kebakaran di saluran paip utama PETRONAS Gas Berhad (PGB) di sini pada pukul 8.10 pagi tadi.
"Saluran paip yang terjejas telah diasingkan dan semua pihak berkepentingan telah dimaklumkan," menurut kenyataan.
Pihaknya juga sedang bekerjasama dengan semua agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan komuniti sekitar, perlindungan alam sekitar serta kestabilan bekalan gas negara.
BERITA BERKAITAN
- Kebakaran Putra Heights: Tujuh mangsa diselamatkan - Bomba
- 'Doakan keselamatan bomba, penduduk di Putra Heights' - Ahli Parlimen Subang
- Saluran paip gas punca kebakaran telah diasingkan - PGB
- Bomba sahkan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights
- Tular: Kebakaran besar kebocoran gas di Putra Heights