SUBANG JAYA, 1 April 2025 – Pasukan bomba setakat 10.00 pagi ini berjaya menyelamatkan tujuh mangsa, termasuk dua warga Malaysia, dalam insiden kebakaran besar melibatkan kebocoran saluran paip gas Petronas di Putra Heights, Subang Jaya, pagi tadi.
Bagaimanapun menurut Komander Operasi, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Khairul Azuwan Ibrahim memaklumkan jumlah sebenar mangsa terlibat serta tahap kemerebakan api di kawasan sekitar termasuk perumahan masih dalam siasatan.
Jelasnya, kebakaran berpunca daripada kebocoran saluran paip gas sepanjang 500 meter, menyebabkan api marak menjulang tinggi.
Jelas Khairul Azuwan, seramai 78 anggota JBPM dengan bantuan 10 jentera FRT, empat unit EMRS, lima unit Water Tanker, satu unit HAZMAT, satu unit BA Tanker, dan satu unit ALP berada di lokasi kejadian bagi operasi pemadaman.
Setakat pukul 10.00 pagi tadi operasi pemadaman masih giat dijalankan sejak laporan diterima kira-kira 8:10 pagi.
Tambahnya, kebakaran masih berterusan meskipun Petronas telah menutup injap (valve) saluran paip terbakar.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendekati kawasan kejadian dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.
BERITA BERKAITAN