fb fb fb fb fb

KEADILAN belum terima permohonan rasmi Tengku Zafrul

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, semalam mengumumkan pengunduran dirinya daripada UMNO dan memaklumkan hasrat menyertai Parti Keadilan Rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Mei- Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menyertai parti itu.

Setiausaha Agung KEADILAN, Fuziah Salleh memaklumkan, semua permohonan keanggotaan parti hanya boleh dibuat melalui kaedah dalam talian.

Menurut beliau, setiap permohonan yang dibuat akan melalui proses biasa termasuk dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sebelum dipertimbangkan.

"Permohonan tersebut akan diteliti dari pelbagai sudut pandang, termasuk pendapat rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan serta pandangan akar umbi parti," katanya dalam satu kenyataan media.

Terdahulu, Datuk Seri Tengku Zafrul memuat naik kenyataan di laman sosial peribadinya mengumumkan pengunduran daripada UMNO dan berhasrat menyertai KEADILAN.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE