fb fb fb fb fb

JPJ tegas tangani ketidakpatuhan dalam kalangan pegawai

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Aedy Fadly Ramli (tiga, kiri) menyerahkan lesen pandu uji simbolik kepada Khosit Sommai (empat, kiri) pada Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen (B2) peringkat negeri Perlis di Dewan Warisan, Kangar, semalam

KANGAR, 31 Mei - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengenakan tindakan terhadap mana-mana pegawainya yang didapati tidak mematuhi peraturan.

Ketua Pengarah Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, khusnya melibatkan kegagalan mengisytiharkan pelupusan harta dalam sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS).

Jelasnya,isu ketidakpatuhan itu akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib sekiranya terbukti wujud elemen melanggar peraturan.

"Sekiranya berlaku, daripada hasil penelitian ada elemen ketidakpatuhan kepada peraturan-peraturan dalam perkhidmayan awam, kita akan bawa ke awatankuasa Tatatertib. Ia merupakan proses biasa yang dilaksanakan jabatan," kata Datuk Aedy Fadly.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas merasmikan penyerahan lesen memandu Program MyLesen B2 peringkat negeri, di sini semalam.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, seramai 800 individu daripada golongan B40 di Perlis berjaya memperoleh lesen motosikal secara percuma.

Menurut beliau, lebih 80 peratus daripada jumlah tersebut terdiri daripada pelajar sekolah, sekali gus membuktikan inisiatif itu mendapat sambutan baik dalam kalangan generasi muda.

Sementara itu, Datuk Aedy Fadly berkata, Perlis mencatatkan 800 individu daripada golongan B40 berjaya memperoleh lesen motosikal secara percuma.

Lebih 80 peratus daripada jumlah itu terdiri daripada pelajar sekolah.

TETITIA YUSOFF