
LABUAN, 13 Jun – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus komited turun padang mendekati secara holistik golongan belia di peringkat akar umbi, khususnya di luar bandar.
- Pelbagai inisiatif dan program membina platform meningkatkan kemajuan belia luar bandar selari dengan pembangunan nasional.
- Sambutan Hari Belia Negara sebagai penghargaan kerajaan terhadap sumbangan belia dan pemerkasaan komuniti.
- Tema 'Menggerak Belia MADANI' menegaskan belia sebagai pemacu perubahan, bukan penerima pembangunan pasif.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol menyatakan kesediaan kementerian itu bertujuan merapatkan jurang pembangunan belia di bandar dan luar bandar.
“Pelbagai inisiatif serta perancangan program melibatkan pembangunan belia merupakan platform membantu meningkatkan kemajuan belia di luar bandar seiring dengan pembangunan nasional,”katanya selepas menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2026 peringkat Labuan.
Beliau turut menyatakan sambutan Hari Belia Negara, setiap 15 Mei merupakan penghargaan kerajaan kepada sumbangan belia dalam pemerkasaan lomuniti dan pembangunan masa depan negara.
“Menggerak Belia MADANI”, tema tahun ini yang meletakkan belia sebagai pemacu perubahan dan bukan penerima pembangunan yang pasif.