
KOTA KINABALU, 13 Jun – Kerajaan MADANI menerusi Institut Integriti Malaysia memperkenalkan Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (NIES).
- Strategi pembudayaan integriti lebih menyeluruh, progresif dan sistematik untuk memperkukuh budaya integriti dalam semua lapisan masyarakat.
- Pelaksanaan mencerminkan komitmen berterusan kerajaan memperkukuh integriti sebagai asas pembangunan negara yang mampan, beretika dan berdaya tahan.
- Nilai integriti termasuk hormat dan ihsan, serta penting dalam membentuk keperibadian negara Malaysia MADANI.
- Semangat perpaduan tidak dapat dipupuk tanpa integriti pada peringkat individu dan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, strategi itu merupakan inisiatif yang lebih menyeluruh, progresif dan sistematik bagi memperkukuh budaya integriti dalam segenap lapisan masyarakat.
Menurut beliau, pelaksanaan NIES mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk memperkukuh budaya integriti sebagai asas pembangunan negara yang mampan, beretika dan berdaya tahan.
“Cadangan ini baik kerana soal integriti ini penting kerana negara MADANI hormat, ihsan dan ini termasuk dalam integriti.
“Semangat perpaduan tak mungkin dapat dihidupkan tanpa keperibadian dan integriti negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2026 di sini hari ini.
Katanya, nilai integriti amat penting dalam usaha memperkukuh perpaduan dan menjayakan aspirasi Malaysia MADANI.
Beliau menegaskan semangat perpaduan tidak mungkin dapat dipupuk tanpa integriti pada peringkat individu mahupun negara.