KUALA LUMPUR, 15 Januari- Peluang terbuka kepada syarikat pembekal tempatan untuk menghasilkan rancangan lebih kreatif dan inovatif dalam usaha meningkatkan kualiti kandungan yang mendidik dan menghibur penonton RTM.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata 120 kategori dibuka kali ini untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan.
"Kita nak hasil daripada mereka itu melambangkan apa yang negara kita sedang lalui."
"Contohnya, kandungan drama kita tentang pemerkasaan wanita, peralihan tenaga, ekonomi digital, TVET dan sebagainya," kata Suhaimi kepada pemberita pada sesi Taklimat Bersama Pembekal Perolehan Program TV RTM di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri hari ini.
Tambah beliau, RTM turut menyediakan platform digital untuk memberi ruang kepada karya-karya tempatan dan kelebihan kepada penonton dalam dan luar negara untuk menonton secara dalam talian.