
ALOR SETAR, 15 Mac -Seorang lelaki maut selepas dihempap pokok tumbang berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar di Jalan Stadium, kira-kira jam 1.06 tengah hari tadi.
- Seorang lagi lelaki dilaporkan cedera ringan akibat kejadian.
- Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Ahmad Farazi Kasim, 51; mangsa cedera Muhamad Adib Uzaid, 30.
- Mangsa bertugas di Jabatan Pengairan dan Saliran dan dalam perjalanan mengambil isterinya di Stadium Darulaman.
- Polis siasat mendapati tiada unsur jenayah; mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.
Seorang lagi lelaki dilaporkan cedera ringan dalam kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Syed Basri Syed Ali berkata, kejadian melibatkan dua buah motosikal yang melalui kawasan tersebut ketika sebatang pokok tumbang secara tiba-tiba.
“Mangsa, Ahmad Farazi Kasim, 51 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa, Muhamad Adib Uzaid, 30 tahun hanya mengalami kecederaan ringan,” menurutnya dalam satu kenyataan.
Mangsa yang meninggal dunia bertugas di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam perjalanan mengambil isterinya di Stadium Darulaman, Alor Setar.
Siasatan polis ditempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat.