KUALA LUMPUR, 26 April- Kakitangan Institut Integriti Malaysia (IIM) diarah bekerja dari rumah susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan institut semalam.
Menurut kenyataan IIM, arahan berkenaan dibuat atas faktor keselamatan dan berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
“IIM sedang bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa dalam kerja-kerja pemantauan di kawasan terlibat.
Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang IIM (www.iim.gov.my) dan media-media sosial IIM untuk maklumat terkini,” menurut kenyataan itu.
(Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memeriksa keadaan
tanah runtuh yang berlaku semalam / Foto BERNAMA)
Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari semalam, 76 petugas pentadbiran MACA dan IIM berdepan detik cemas apabila runtuhan tanah berlaku di kawasan tersebut.
Bagaimanapun kesemua mereka tidak mengalami kecederaan.