(Foto BERNAMA)
BUKIT PALAH, 29 Jun- Satu kajian sedang dijalankan untuk melaksanakan sistem penyuraian trafik secara berkesan, terutama pada hari bekerja dan hujung minggu serta cuti umum di kawasan Bandaraya Melaka.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata kerajaan negeri juga sedang mengenal pasti inisiatif terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Katanya, masalah ini akan diselesaikan segera dalam memastikan pengunjung selesa ketika melancong di Melaka terutama ketika Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 nanti.
"Kajian ini masih dikaji dengan teliti dan dilihat punca kesesakan ini akan dibuat kajian untuk diuraikan agar
dapat melancarkan trafik.
"Ia mengambil masa tidak lama lagi dan kita akan mulakan beberapa percubaan menutup jalan-jalan yang sesak agar kesannya akan diambil kira untuk kita menjalankan tempat-tempat yang lain," katanya kepada pemberita selepas solat sunat Aidiladha dan pelaksanaan ibadah korban di Masjid Al-Azim di sini.
Beliau juga menyifatkan sambutan Aidiladha kali ini disambut dengan suasana yang cukup meriah dan ceria serta disambut oleh semua lapisan masyarakat selaras dengan konsep Malaysia Madani.
(Foto BERNAMA)