
KUCHING, 14 Januari – Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak pagi ini tidak berubah sejak petang semalam,
- Jumlah mangsa di PPS kekal 1,603 orang pagi ini menurut JPBN Sarawak.
- Serian catat bilangan penduduk paling ramai ditempatkan di beberapa PPS termasuk sekolah dan dewan.
- Bencana banjir bermula 31 Disember lalu susulan hujan lebat berterusan di Kuching dan sekitarnya.
Seramai 1,603 orang daripada 498 keluarga masih ditempatkan di sembilan PPS melibatkan kawasan Serian, Sibu, Bintulu dan Sebauh.
Demikian menurut kemas kini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan.
Bahagian Serian mencatatkan bilangan penduduk paling ramai dengan 448 orang berada di Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh, Dewan Masyarakat Serian (311), Dewan Ranchan (113), Dewan Kampung Slabi Entukuh (57) dan Stadium Tertutup Bola Keranjang (95).
“Di Sibu pula, enam penduduk ditempatkan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Assek, manakala di Bintulu terdapat 237 orang dipindahkan di Dewan Suarah Bintulu.
“Di Sebauh pula, 150 penduduk ditempatkan di Balai Raya Sebauh dan 186 penduduk di Dewan Sri Kemena, SMK Sebauh,” menurut kenyataan itu.
Bencana banjir di Sarawak bermula pada 31 Disember tahun lepas apabila beberapa kawasan di sekitar bandar raya Kuching dinaiki air susulan hujan lebat berterusan. – Bernama