fb fb fb fb fb

Julung kalinya Temasya 99 Laksa Kuale di adakan di Arena Kuala Kansar

KUALA KANGSAR, 15 Mei - Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) buat julung kalinya menganjurkan Temasya 99 Laksa Kuale di Arena di sini.

Yang Dipertua MPKK, Zulqarnain Mohamed berkata penganjuran temasya itu amat signifikan dengan daerah ini kerana ideanya muncul daripada Raja Puan Besar semasa lawatan Tuanku ke Kuala Kangsar sekitar tahun 2020.

Dalam temasya tersebut sebanyak 50 pengusaha laksa dan cendol mengambil bahagian.

(FOTO HIASAN)

Pihaknya berhasrat untuk mengumpulkan lebih banyak usahawan pada penganjuran akan datang dan acara ini dimasukkan dalam kalender pelancongan negeri.

Turut berangkat pada majlis tersebut Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris A’fifullah Shah.

Ashilin Mohamed Radzi dan Yang Zulqarnain Mohamed.

Media Baharu