fb fb fb fb fb

Jualan Rahmah MADANI menjadi nadi kepada penduduk

Program Jualan Rahmah (PJR) MADANI di Agro Bazaar Rakyat Borong Wann Felcra Lubuk Sireh menawarkan 28 jenis barangan keperluan pada harga 30 peratus lebih murah berbanding harga biasa

TITI TINGGI, 27 Julai -Lebih 1,000 penduduk setempat tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan dengan harga lebih murah pada Program Jualan Rahmah (PJR) MADANI di Agro Bazaar Rakyat Borong Wann Felcra Lubuk Sireh yang berakhir malam tadi.

Program yang berlangsung menawarkan 28 jenis barangan keperluan pada harga 30 peratus lebih murah berbanding harga biasa.

Menurut Pengurus Agrobazaar Rakyat Borong Wann, Wan Nan Wan Din, program dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis khusus untuk penduduk di kawasan Parlimen Padang Besar serta berdekatan.

Inisiatif pelaksanaan Jualan Rahmah MADANI dilihat menjadi nadi kepada kepada rakyat dalam usaha meringankan beban ditanggung disebalik kenaikan kos sara hidup ketika ini dengan mendapatkan barangan keperluan harian pada harga murah.

"Pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI sama ada di dalam premis atau luar premis perlu dilaksanakan secara berkala serta diperbanyakkan melibatkan pelbagai lokasi kerana program sebegini memberi impak positif kepada masyarakat setempat," beliau memaklumkannya pada Program Jualan Rahmah MADANI di Agrobazaar Rakyat Borong Wann, Felcra Lubuk Sireh.

Bagi penduduk, Nor Hayati Abd Razak, usaha dilaksanakan KPDN bersama Agrobazaar tersebut cukup dinanti-nantikan dan peluasan pelaksanaanya di kawasan kampung membolehkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum berjimat dalam berbelanja barangan keperluan harian.

KPDN Perlis sehingga kini telah melaksanakan 254 Program Jualan Rahmah MADANI secara menyeluruh melibatkan kesemua 15 kawasan Dewan Undangan Negeri.

TETITIA YUSOFF